WhatsApp Image 2024-11-11 at 4.44.55 PM (2)
Uncategorized @ms

Serantau Muslim Jalin Kerjasama Dengan YB Helmy, Bantu 100 Asnaf di DUN Duyong

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) telah mengadakan kunjungan hormat bersama YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem bagi memperkasa usaha murni ADUN Duyong ini dalam membantu rakyat melalui projek Kembara Prihatin yang mensasarkan 100 keluarga asnaf di kawasannya.

Delegasi Serantau Muslim diketuai oleh Pengerusi, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Haji Mohd Nor, bersama-sama Pengurus Projek, Nurfarahin Ahmad Osman dan Pegawai Eksekutif Projek, Iskandar Hamdan.

“Projek Kembara Prihatin ini adalah sokongan kami terhadap komitmen berterusan YB Datuk Helmy yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat. Kami berbesar hati dapat berganding bahu dalam usaha murni ini,” kata Ustaz Mohd Hakim.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra ini membincangkan kaedah pengagihan bantuan yang lebih efektif kepada penerima yang memerlukan. Kerjasama ini dilihat akan mengukuhkan lagi usaha keras YB Datuk Helmy yang juga merupakan Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka dalam memastikan kebajikan penduduk DUN Duyong sentiasa terpelihara.