WhatsApp Image 2024-10-10 at 10.12.30 AM
Aktiviti SMInfo Semasa

SERANTAU MUSLIM DAN SYRIA CARE PERKUKUH KERJASAMA ERAT

Pengerusi Syria Care, Ustazah Siti Sakinah bersama pasukannya telah mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat Serantau Muslim dalam usaha mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pertubuhan bantuan kemanusiaan tersebut.

Delegasi Syria Care telah disambut mesra oleh pasukan Serantau Muslim yang diketuai oleh Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai projek-projek kemanusiaan yang sedang dijalankan oleh organisasi masing-masing.

“Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua organisasi untuk membincangkan strategi dalam mempertingkatkan keberkesanan bantuan kemanusiaan yang disalurkan,” kata Ustazah Siti Sakinah.

Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor pula menegaskan bahawa kerjasama erat antara kedua-dua organisasi ini penting dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan dengan lebih efisien.

“Sinergi antara Syria Care dan Serantau Muslim akan membuka lebih banyak peluang untuk kita membantu golongan yang terkesan dengan lebih berkesan,” tambah beliau.

Pertemuan ini merupakan langkah positif ke arah pengukuhan kerjasama strategik antara dua organisasi bantuan kemanusiaan tempatan yang aktif membantu masyarakat yang memerlukan.