SERANTAU MUSLIM AGIH BANTUAN TENANG KIT KEPADA YANG TERJEJAS
Minggu lalu, Serantau Muslim bersama rakan kerjasama di beberapa buah negeri telah menjalankan aktiviti agihan di bawah projek Tenang Kit seperti tahun sebelumnya.
Di Sabah, rakan kerjasama Serantau Muslim telah menyantuni penduduk yang berada di Kota Belud bagi menyerahkan bantuan pek makanan kepada 30 individu yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Bukan hanya di Sabah, malah Serantau Muslim telah membantu golongan yang memerlukan di sekitar Batu Gajah yang terkesan akibat pandemik ini melalui program Tenang Kit.
Selain di Batu Gajah, Serantau Muslim turut menyampaikan bantuan keperluan makanan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Gerik, Perak.
Buat makluman, rata-kata penerima bantuan ini tidak mempunyai pendapatan tetap. Rentetan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan ini, keadaan mereka menjadi lebih sukar untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga.
Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban dan memberi kegembiraan buat para penerima.
Dalam pada masa yang sama, semua penerima sumbangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang bersama-sama Serantau Muslim.
Doakan semua usaha murni terus berjalan dan dapat membantu mereka yang memerlukan. Insha Allah.
Layari www.serantaumuslim.org.my untuk maklumat lanjut.