WhatsApp Image 2024-09-03 at 3.47.37 PM
Uncategorized @ms

SERANTAU MUSLIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT SYRIA CARE

3 Sept – Serantau Muslim yang diketuai oleh Pengurus Besar, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Syria Care.

Kunjungan ini diadakan bagi berkongsi mengenai projek-projek yang digerakkan antara kedua-dua NGO ini di samping berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan dalam usaha-usaha kemanusiaan.

Serantau Muslim mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima ziarah ini ke pejabat urusan Syria Care.

Semoga ikatan yang dibina ini dapat diterjemahkan dengan pelbagai usaha murni untuk ummah.