Info SemasaKenyataan Media

SERANGAN ISRAEL CEDERAKAN 3 TENTERA SYRIA


DAMSYIK, 28 Feb – Sekurang-kurangnya tiga anggota tentera Syria cedera akibat serangan helikopter Israel dekat Golan Heights semalam.

Agensi berita rasmi SANA melaporkan, helikopter Israel melancarkan serangan peluru berpandu di Golan Heights, menyasarkan kedudukan tentera Syria di Kahtaniyeh, Al-Horiyyat dan pekan Quneitra.

Serangan itu menyusuli tragedi seorang warga Syria dikaitkan dengan gerakan Syiah Lubnan, Hezbollah, terbunuh dalam serangan dron rentas sempadan Israel semalam.

Ketua Hak Asasi Manusia SyriaPemantau, Rami Abdel Rahman, memberitahu AFP bahawa serangan menyasarkan perkampungan Haidar di wilayah Quneitra.

Israel melancarkan ratusan serangan terhadap Syria dan Iran selain kawasan dikuasai Hezbollah dan sekutunya sejak konflik Syria tercetus pada 2011. 

Sumber: Berita Harian