
“Ramadan dalam Serba Kekurangan: Serantau Muslim Bantu Keluarga Daif di Pedalaman Gerik”
Di pedalaman Gerik, Perak, masih ramai yang menjalani kehidupan dalam serba kekurangan. Rumah usang, dapur kosong, dan pendapatan yang tidak menentu—itulah realiti yang dihadapi oleh keluarga yang kebanyakan penoreh getah dan golongan miskin di sini.
Melalui kempen Taja Berbuka, Serantau Muslim turun mencari mereka yang benar-benar memerlukan. Ada yang sakit, ada yang uzur, dan ada yang setiap hari berjuang untuk memastikan keluarga mereka tidak kelaparan.
Bantuan berupa kotak makanan berisi keperluan dapur disampaikan, dengan harapan dapat meringankan beban mereka sepanjang Ramadan ini.





25