PROJEK PEMBINAAN SURAU DI SABAH SEDANG GIAT DIJALANKAN OLEH SERANTAU MUSLIM
Serantau Muslim kini sedang menyiapkan projek pembinaan surau di Kg Tunggaring Kuala Namadan Tambunan, Sabah.
Projek ini dijangka akan siap pada 30 November 2020 dan dianggarkan bernilai RM 60,000.00.
Tujuan utama pembinaan surau ini adalah untuk memudahkan muslim di sana menunaikan ibadah.
Terkini, proses penghantaran barang-barang binaan sedang dilakukan untuk memulakan projek ini.
Serantau Muslim dibantu oleh Encik Idzham Hadi bin Sidik selaku sukarelawan Serantau Muslim bagi membuat lawatan awal di kawasan lapangan bagi menentukan kesesuaian pembinaan projek di sana.
Dalam projek ini juga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHHEAINS) daerah Tambunan telah bersetuju dalam membantu pembinaan surau ini dan InshaAllah akan dinaiktaraf ke masjid.
Projek pembinaan surau ini adalah di bawah dana kempen waqaf.my.
Kita doakan semoga projek ini dipermudahkan ALLAH SWT dan dapat direalisasikan agar semua urusan masyarakat di sana berjalan lancar.