PROGRAM TAJABERBUKA DI SABAH DIJALANKAN DALAM PKP
19 April – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada Sabtu lalu, program Taja Berbuka Serantau Muslim di Sandakan diteruskan dengan dibantu Angkatan Pertahanann Awam (APM) Daerah Sandakan.
Agihan sumbangan ini dilakukan oleh APM dan rakan kerjasama Serantau Muslim di sana.
Minggu lalu, penyerahan sumbangan Taja Berbuka telah dijalankan di Kg Nelayan Batu Putih Sandakan dan InshaAllah akan menyusul ke kampung-kampung yang lain di sana.
Dalam masa yang sama, Serantau Muslim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam program TajaBerbuka pada tahun 2021 ini.
374