WhatsApp Image 2024-11-19 at 4.57.06 PM (1)
Uncategorized @ms

Program Kembara Prihatin: 50 keluarga Asnaf di sekitar Masjid Laksamana Hang Tuah dan Masjid Al Wahhab Permatang Duyong disantuni

20 Nov 2024: Program Kembara Prihatin telah berlangsung di dua lokasi iaitu Masjid Laksamana Hang Tuah dan Masjid Al Wahhab Permatang Duyong, semalam. Program ini telah dihadiri oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi kawasan Duyong; Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Haji Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim; Iskandar Hamdan, Ketua Program, serta kakitangan Serantau Muslim.

Dalam program yang penuh dengan semangat keprihatinan ini, seramai 50 buah keluarga asnaf telah disantuni dan turut melibatkan aktiviti zaiarah ke lima buah rumah di sekitar Duyong.

Mereka dibantu dengan pek makanan bernilai RM150 setiap sebuah keluarga dan wang tunai.

Serantau Muslim dan YB Datuk Mohd Noor Helmy telah menunjukkan komitmen padu dalam membantu golongan yang memerlukan.

Salah seorang asnaf yang menerima bantuan berkata, “Saya berterima kasih kepada Serantau Muslim kerana telah membantu kami, para asnaf di sini.”

Buat makluman, program ini akan diteruskan pada hari Khamis ini untuk memberi bantuan kepada 50 orang asnaf lagi.

Program Kembara Prihatin ini jelas menunjukkan betapa pentingnya usaha berterusan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan golongan asnaf terus terpelihara. Semoga langkah ini menjadi contoh teladan kepada komuniti untuk terus bersama-sama membantu dan menyokong mereka yang memerlukan.