POLIS ISRAEL TERSILAP TEMBAK RAKYAT PALESTIN
BAITULMAQDIS – Polis Israel menembak mati seorang rakyat Palestin di wilayah yang dirampas timur Baitulmaqdis kerana disangka memiliki pistol.
Kejadian di lorong Kota Lama dekat Lion’s Gate yang biasa digunakan oleh rakyat Palestin itu menimbulkan kecaman banyak pihak.
“Polis yang meronda melihat suspek dengan objek yang kelihatan seperti pistol,” kata kenyataan polis Israel.
Katanya, suspek tidak berhenti selepas diarahkan dan polis berlari mengejarnya sebelum menembak mati.
“Tiada senjata ditemui di tempat kejadian,” katanya
Sumber: Berita Harian
351