POLIS ISRAEL TEMBAK MATI SEORANG PENYERANG DEKAT MASJID AL-AQSA
BAITULMAQDIS: Polis Israel menembak mati seorang lelaki bersenjata yang itu melepaskan tembakan ke arah balai polis dekat Kota Lama, semalam.
Kenyataan polis berkata, suspek yang bersenjatakan raifal melepaskan tembakan ke arah balai polis di pintu Huta berhampiran kawasan Masjid Al-Aqsa.
“Suspek maut selepas anggota polis membalas tembakan ke arahnya,” kata kenyataan itu selain jurucakap mengesahkan suspek mati selepas terkena tembakan polis.
Seorang anggota polis cedera ringan kerana terjatuh ketika mengejar suspek.
Serangan hampir serupa dilaporkan sering berlaku sejak Israel menduduki timur Baitulmaqdis dan menguasai Tebing Barat.
Sejak Oktober 2015, banyak kejadian serangan dan tembakan bersendirian dilaporkan berlaku di kawasan yang dikuasai Israel.
Sumber: Berita Harian