POLIS ISRAEL HALANG MASJID QUBBAH AL-SAKHRAH DIBAIKI
AMMAN – Polis Israel mengarahkan pekerja-pekrja Jerusalem Islamic Waqf berhenti melakukan kerja-kerja pembaikan Masjid Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) untuk dua hari berturut-turut, meningkatkan ketegangan di bandar lama.
Para pegawai Israel mendakwa keputusan tersebut dibuat selepas seorang individu cuba membaiki siling Masjid Bab Al-Rahmeh, Israel mengarahkan mereka mengosongkan kawasan tersebut tanpa sebab.
Majlis Wakaf Jerusalem dijangka membuat kenyataan mengutuk tindakan Israel itu.
Jurutera majlis tersebut, Bassam Hallaq yang bertanggungjawab terhadap pengubahsuaian itu berkata, polis Israel mengarahkan kerja-kerja di masjid yang mempunyai kubah bersadur emas itu dihentikan pada Sabtu lalu dan menghalang kerja-kerja membabitkan elektrik.
Israel menyatakan sebarang kerja pengubahsuaian perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu.
Pengubahansuaian yang dilakukan tidak membabitkan struktur.
Akhbar Arab News difahamkan tindakan Israel pada Sabtu dan semalam diambil berikutan usaha seorang individu Palestin yang menutup mukanya memanjat atap Masjid Bab Al-Rahmeh dalam usaha menyapu simen untuk memberhentikan kebocoran.
Israel melarang sebarang kerja-kerja membaiki masjid itu.
Hallaq berkata, semua kerja-kerja pembaikan di pekarangan majlis Al-Aqsa juga digantung Israel.
Jurutera masjid tersebut menyatakan bahawa tidak terdapat bahan simen dalam masjid Al-Aqsa dan Jumaat merupakan hari cuti
Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Kisswani memberitahu para wartawan bahawa kerja-kerja membaiki gerbang di pekarangan Masjid Al-Aqsa/ Haram Al-Sharif merupakan hak majlis itu dan polis Israel tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam kerja-kerja mereka.
Seorang jurucakap pollis Israel memberitahu, perkara tersebut bukan di bawah tanggungjawab polis Israel.
Dalam isu ini, Serantau Muslim berharap pihak yang tiada kuasa terhadap hak umat Islam ini tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan yang bakal membangkitkan kemarahan muslim di seantero dunia. Teruskan mengamalkan amalan hormat-menghormati antara satu sama lain agar dunia kita aman dan makmur dari segala pertelagahan yang tidak mendatangkan manfaat buat sejagat.
Sumber : MalaysiaGazette