PERTEMUAN SERANTAU MUSLIM DENGAN AL-KHAIR FOUNDATION RANCANG KERJASAMA PROGRAM RANTAU ASIA
Serantau Muslim telah mengadakan pertemuan bermakna bersama Pengerusi Al-Khair Foundation, Shaikh Imam Qasim Rashid Ahmad sempena World Humanitarian Summit: Gaza The Day After di Istanbul, Turkiye.
Al-Khair Foundation terkenal sebagai pemain utama dalam arena bantuan kemanusiaan global, dengan rangkaian dan impak yang meluas di seluruh dunia. Pertemuan yang diketuai oleh Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor dan Setiausaha, Muhammad Faeez bin Azahar ini telah membincangkan potensi kerjasama strategik, khususnya dalam memperkasakan misi bantuan kemanusiaan di rantau Asia.
Sesi perkongsian ini telah membuka lembaran baharu untuk kedua-dua organisasi dalam merealisasikan agenda bantuan kemanusiaan yang lebih berimpak tinggi. Serantau Muslim optimis dengan prospek kerjasama ini dalam membawa perubahan bermakna kepada mereka yang memerlukan.