WhatsApp Image 2025-02-20 at 15.37.45 (1)
Uncategorized @ms

PERTEMUAN BERSAMA WAKIL-WAKIL KEMENTERIAN SYRIA

Delegasi Serantau Muslim telah mengadakan sesi pertemuan strategik bersama wakil-wakil daripada beberapa kementerian Syria dalam rangka misi kemanusiaan Bina Semula Syria. Pertemuan ini membincangkan perancangan pertemuan lanjut bersama menteri-menteri berkaitan.

Perbincangan bersama wakil-wakil kementerian telah membuka ruang ke arah merangka persefahaman dan kerjasama strategik antara Serantau Muslim dengan kerajaan Syria. Ini termasuk kerjasama dalam bidang pembangunan sosial, pendidikan dan kesihatan untuk membantu rakyat Syria.

Pertemuan ini merupakan satu langkah penting dalam membina hubungan yang lebih erat antara NGO Malaysia dengan kerajaan Syria bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.