PERTAMA KALI AZAN BERKUMANDANG DI PARMA, ITALI
PARMA – Buat pertama kali laungan azan berkumandang menggunakan pembesar suara di bandar Parma, Itali.
Menerusi Parma Daily, peristiwa itu turut disaksikan Datuk Bandar Parma, Federico Pizzarotti dalam satu acara sempena Ramadan di Ibu Pejabat Komuniti Islam Parma dan Wilayah Campanini.
Video durasi 16 saat laungan azan bagi menandakan bermulanya bulan suci di wilayah tersebut turut dimuat naik di Instagram Sahabatsurga.
Sehingga kini, rakaman video ditonton 154,234 tontonan daripada netizen yang memuji kebesaran ALLAH terutama pada bulan Ramadan.
Majlis ringkas itu dilaksanakan sesuai dengan protokol yang betul dan para jemaah juga menunaikan solat secara jemaah dengan mengekalkan jarak sosial.
491