WhatsApp Image 2023-07-14 at 10.53.13 AM
Info Semasa

Penceroboh Israel semakin ramai di Tebing Barat

BAITULMAQDIS: Kerajaan ultra nasionalis Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memperbesarkan lagi penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diduduki dalam tempoh enam bulan pertama pentadbirannya.

Menurut Berita Harian, pemantau anti penempatan Israel, Peace Now, berkata jumlah perumahan yang diluluskan bagi penduduk Israel di Tebing Barat yang diduduki kini mungkin lebih banyak berbanding rumah dimiliki warga Palaestin.

Kebanyakan negara tidak mengiktiraf penempatan haram Israel di Tebing Barat, yang dimulakan selepas perang 1967 di Asia Barat, namun pembinaannya diperluaskan selama beberapa dekad dan menjadi pertikaian penting dalam konflik Israel-Palestin.

Menurut Peace Now, sejak Januari lalu, Israel membina 12,855 unit rumah peneroka Yahudi merentasi Tebing Barat iaitu jumlah tertinggi pernah direkodkan pertubuhan itu sejak memulakan pemantauan pada 2012.