PELAN DAMAI ISRAEL-PALESTIN DIBENTANG SELEPAS PILIHAN RAYA ISRAEL
WASHINGTON 29 Ogos – Amerika Syarikat (AS) tidak akan membentangkan cadangan keamanan Israel-Palestin sehingga pilihan raya Israel tamat menjelang September depan.
Perkara tersebut disampaikan pegawai khas White House, Jason Greenblatt semalam.
Greenblatt memaklumkan melalui Twitter, pihaknya akan memutuskan untuk tidak mendedahkan visi keamanan sebelum tamatnya pilihan raya Israel.
Pengumuman Greenblatt itu telah menjawab pelbagai persoalan berkaitan rancangan keamanan tersebut yang diganggu dengan kenyataan mengelirukan dari Presiden AS, Donald Trump.
Sumber: Utusan Malaysia
330