Info SemasaKenyataan Media

PANDEMIK COVID-19 BURUKKAN LAGI KEADAAN EKONOMI PALESTIN: PBB

GENEVA: Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), COVID-19 menyebabkan situasi ekonomi di wilayah Palestin yang diduduki semakin buruk.

Pandemik itu melanda pada saat wilayah itu dicengkam pelbagai tekanan, kata Agensi Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) dan keadaan itu turut mengancam proses penyelesaian dua negara, Israel dan Palestin.

“Sebelum COVID-19 melanda, ramalan ekonomi Palestin pada 2020 dan 2021 sudah dalam keadaan suram, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita turun sebanyak tiga peratus menjadi 4.5 peratus,” menurut laporan itu.

Sehingga semalam, Tebing Barat dan Gaza melaporkan 27,363 kes COVID-19 dengan 190 kematian, menurut Johns Hopkins University.

Pengarah strategi globalisasi dan pembangunan UNCTAD, Richard Kozul-Wright dalam satu sidang media berkata, keadaan ekonomi semakin buruk kerana kegagalan masyarakat antarabangsa menunaikan janji untuk memastikan penyelesaian dua negara dapat direalisasikan.

Kadar kemiskinan dan pengangguran yang tinggi berterusan, KDNK perkapita menurun untuk tahun ketiga berturut-turut, ketika ekonomi Palestin merudum pada 2019 dan separuh pertama 2020, kata laporan itu.

Bajet sumbangan menurun dari 32 peratus daripada KDNK pada 2008 kepada 3.5 peratus pada 2019.

Pertumbuhan pada 2018, mahupun sebelum COVID-19, di wilayah Palestin yang diduduki kurang satu peratus, iaitu 0.9 mata peratusan di Tebing Barat dan 1.5 peratus di Gaza – terendah sejak 2012.

Tahap pengangguran dari 31 peratus pada 2018 kepada 33 peratus pada 2019, manakala tahap kemiskinan meningkat dari 25.8 peratus menjadi 29.2 peratus antara 2011 dan 2017.

Di Gaza, 80 peratus penduduk sangat bergantung kepada bantuan antarabangsa.

Pada sidang media sama, itu, penyelaras UNCTAD untuk bantuan kepada rakyat Palestin, Mahmoud Elkhafif, berkata pada 2018, terdapat 150 penempatan di Tebing Barat dan 128 penempatan yang masih dalam pembinaan.

Beliau berkata, keadaan bertambah buruk apabila rakyat Palestin tidak dibenarkan untuk menjalankan pembangunan di tanah mereka sendiri.

“Pada 2018, rejim Israel merobohkan atau merampas 622 kediaman Palestin di Tebing Barat,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian