Info SemasaKenyataan Media

PALESTIN KEMUKA TINDAK BALAS TERHADAP PELAN ‘DEAL OF THE CENTURY’

RAMALLAH – Palestin telah mengemukakan tindak balas terhadap pelan damai kontroversi, Deal of the Century yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada akhir Januari lalu yang akan menyaksikan sebahagian wilayah Tebing Barat dirampas Israel.

“Kami telah menghantar dokumen itu kepada kuartet diplomatik tersebut beberapa hari lalu,” kata Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh hari ini merujuk kepada kumpulan perantara dalam konflik itu terdiri daripada PBB, AS, Rusia dan Kesatuan Eropah (EU).

Menurutnya, mereka telah mencadangkan penubuhan negara merdeka, bebas tentera dan berdaulat Palestin dengan pengubahsuaian kecil pada sempadan jika perlu.

“Kandungan teks itu termasuk meramalkan kemungkinan pertukaran tanah antara dua negara pada masa depan. Kami mahu Israel berdepan tekanan antarabangsa,” ujarnya.

Sebelum ini, penduduk Palestin dan EU telah menolak seluruh pelan damai berat sebelah yang bakal merealisasikan rancangan jahat Israel untuk menduduki Tebing Barat dan Lembah Jordan.

Sejak beberapa hari lalu, penduduk Israel turut melancarkan siri protes di Tebing Barat sebagai membantah rancangan merampas wilayah tersebut yang dikhuatiri akan mencetuskan gelombang kebangkitan (intifada) baharu.

Lebih 450,000 penduduk Israel tinggal di penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang turut didiami kira-kira 2.7 juta penduduk Palestin.

Sumber: Sinar Harian