Netanyahu bakal namakan penempatan di Bukit Golan sempena Trump
BAITULMAQDIS, 24 April – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu merancang untuk menamakan sebuah penempatan baharu di Bukit Golan sempena Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Netanyahu menyatakan langkah tersebut bertujuan menghargai pengiktirafan Trump terhadap ‘kedaulatan’ rejim Israel ke atas Bukit Golan pada bulan Mac lalu.
Netanyahu merasakan semua rakyat terharu dengan keputusan Trump yang telah mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel. Oleh hal tersebut, Netanyahu bakal membincangkan satu resolusi untuk menamakan sebuah penempatan baharu di Bukit Golan sempena Presiden Donald Trump.
Terdahulu, tindakan Trump mengiktiraf Bukit Golan yang dirampas dari Syria ketika Perang Enam Hari pada 1967 sebagai milik Israel mengundang kemarahan dunia yang menganggap keputusan tersebut melanggar undang-undang antarabangsa yang termaktub dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Syria turut menyifatkan keputusan biadab Trump sebagai serangan terang-terangan terhadap kedaulatan negara itu.
Sumber: Sinar Harian