Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

Misi Bantuan Kecemasan, Kudat Sabah

MISI BANTUAN KECEMASAN KEBAKARAN, KUDAT SABAH

Nasib mangsa kebakaran di Pulau Banggi, Kudat terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan menyalurkan bantuan segera.

Terbaharu, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menghantar bantuan kecemasan dalam bentuk makanan untuk meringankan bebanan penduduk terlibat.

Bantuan yang dihantar pagi ini ke Kudat dijangka sampai ke Kampung Perpaduan Karakit, Pulau Banggi pada Sabtu (19/1).

Pengurus Besar Serantau Muslim Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor berkata, bagi fasa 1 sejumlah RM5,000 diperuntukan untuk bantuan kecemasan ini.

Katanya, pek makanan itu mengandungi keperluan asas harian seperti beras, gula, tepung, serbuk minuman dan biskut.

Beliau menjelaskan, penghantaran pek makanan itu diuruskan oleh wakil Serantau Muslim Sabah, Idzham Hadi Sidik bagi diaggihkan secara terus kepada mangsa kebakaran.

Mohd Hakim berkata, melalui bantuan kecemasan itu diharapkan mangsa dapat menggunakan dengan sebaik mungkin dalam membina kehidupan.

“Sumbangan yang tak seberapa ini diharap dapat meringankan beban mangsa dan pihak kami akan berusaha untuk menghantar bantuan bagi fasa ke dua dlm tempoh terdekat”.

Dalam pada itu, kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah turut bersama sama mengumpulkan sumbangan untuk mangsa kebakaran.

Sumbangan itu akan dihantar bersama sama pek makanan Serantau Muslim ke Pulau Banggi hari ini.

Kebakaran besar di Pulau Banggi berlaku pada 13 Januari lalu dengan melibatkan 80 keluarga tinggal sehelai sepinggang.