WhatsApp Image 2023-10-09 at 9.10.53 AM (3)
Info Semasa

Malaysia terus beri pendirian tegas bersolidariti kepada Palestin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa secara berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin, lapor Sinar Harian.

“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti.

“Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban.

Ciapan itu turut disertakan dengan kenyataan Wisma Putra yang menyaksikan Malaysia menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung peningkatan pertempuran di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza.

Kenyataan itu turut menekankan keperluan menghentikan segala kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan yang berlaku.

Setakat ini, lebih 250 rakyat Palestin dilaporkan terkorban manakala lebih 1,700 cedera susulan pengeboman Israel ke atas Gaza semalam.