KERUSI RODA BANTU PENERIMA URUS AKTIVITI HARIAN
Bantuan kerusi roda oleh Serantau Muslim terus mendapat perhatian mereka yang memerlukan dari seluruh negeri.
Terbaru, penerima bantuan kerusi roda dari Sentul, Kuala Lumpur sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan kerana telah memudahkan beliau menjalani aktiviti seharian.
Seperti dimaklumkan anak penerima, ayahnya disahkan mempunyai sakit jantung dan baru sahaja keluar dari hospital.
Bantuan kerusi roda ini juga telah membantu penerima untuk berulang alik ke hospital setiap kali ada janji temu bersama pakar kerana beliau agak susah untuk berdiri dan berjalan dengan stabil.
389