Screenshot 2024-12-20 120647
Aktiviti SMInfo SemasaUncategorized @ms

KENYATAAN MEDIA BERSAMA NGO-NGO MALAYSIA

MENYOKONG PEMBEBASAN SYRIA DAN USAHAPEMBANGUNAN SEMULA

Kami, mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, dengan ini
menyatakan sokongan penuh terhadap pembebasan Syria daripada cengkaman rejim
Bashar al-Assad yang telah dicapai pada 8 Disember 2024 yang lalu. Peristiwa
bersejarah ini bukan sahaja membawa harapan baru untuk rakyat Syria, malah menjadi
langkah penting ke arah pembebasan Al-Aqsa dan Palestin secara keseluruhannya.

Dengan pembebasan ini, tanggungjawab yang lebih besar kini terletak di bahu kita semua
untuk membangunkan semula Syria sebagai sebuah negara yang penting dalam
perjuangan pembebasan Palestin. Pembangunan semula Syria bukan sekadar membina
fizikal negara, tetapi juga memulihkan peranannya yang strategik dalam rantau ini.

Gabungan Bina Semula Syria (GBSS) telah ditubuhkan bagi menggerakkan usaha
bersama NGO-NGO di Malaysia pasca pembebasan ini. Penubuhan gabungan ini
membuktikan kesatuan dan keazaman NGO-NGO Malaysia dalam menggerakkan citacita
yang sama untuk membina semula Syria.

Gabungan ini penting bagi memastikan gerak kerja yang sistematik dan tersusun dalam
menyalurkan bantuan secara menyeluruh dan saksama kepada rakyat Syria. Inisiatif ini
juga akan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa sebagai negara yang
prihatin terhadap isu kemanusiaan global.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan sementara yang
telah dilantik untuk memimpin negara pada saat genting ini. Kepercayaan rakyat Syria
terhadap kepimpinan sementara ini diharap dapat menjadi asas kukuh ke arah
pembentukan sebuah Syria yang adil, aman, dan makmur.

Antara fokus utama GBSS adalah:

  1. Menyelaras bantuan kemanusiaan secara sistematik dan berkesan
  2. Membangunkan program pembinaan semula infrastruktur
  3. Mewujudkan rangkaian kerjasama antara NGO Malaysia dan Syria
  4. Memastikan pengagihan bantuan yang adil dan menyeluruh
  5. Meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu Syria

Kami juga ingin menegaskan bahawa hubungan baik dan sokongan daripada negaranegara
jiran serta masyarakat antarabangsa adalah elemen yang amat penting dalam
memastikan kejayaan proses pembangunan semula Syria. Solidariti dan kerjasama
serantau diperlukan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan, pembinaan infrastruktur,
dan pemulihan ekonomi bagi membawa Syria kembali ke landasan yang stabil.

Pada masa yang sama, kami mengecam sekeras-kerasnya serangan demi serangan
yang sedang dilakukan oleh Israel ke atas Syria. Serangan ini hanya menambahkan
penderitaan rakyat Syria dan mengganggu usaha pemulihan serta kestabilan yang
sedang giat dijalankan. Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak tegas
terhadap tindakan agresif ini dan memastikan keamanan serta kedaulatan Syria
dihormati sepenuhnya.

Gabungan Bina Semula Syria (GBSS) komited untuk terus memberikan sokongan moral,
material, dan teknikal kepada rakyat Syria melalui pelbagai inisiatif kemanusiaan dan
pembangunan yang telah dibincangkan bersama. Kami mengharapkan sokongan dan
dokongan berterusan daripada seluruh rakyat Malaysia dalam menjayakan misi murni ini.
Kami yakin, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, usaha pembangunan semula Syria
akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kami menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuh usaha ini demi
menjamin masa depan yang lebih cerah bagi Syria dan rakyatnya untuk masa depan
dunia yang lebih baik.

Akhir kata, kami berdoa agar Syria terus melangkah maju ke arah keamanan dan
kestabilan, serta menjadi contoh kekuatan dan ketabahan kepada seluruh dunia. Semoga
usaha murni ini juga membuka jalan ke arah pembebasan Al-Aqsa dan keamanan
sejagat.


Bersama Membina Syria yang Lebih Baik.

Disokong oleh:

  1. Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim
  2. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
  3. Syria Care
  4. Muslim Volunteer Malaysia
  5. Persatuan Alumni Syria Malaysia
  6. Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
  7. ⁠Childrity
  8. ⁠Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  9. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
  10. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
  11. ⁠My Fund Action
  12. ⁠Cinta Syria Malaysia (CSM)
  13. ⁠HALUAN
  14. MERCY Malaysia
  15. ⁠MRA
  16. ⁠Cinta Gaza Malaysia (CGM)
  17. ⁠Alkhair Malaysia
  18. ⁠Global Ehsan Relief Malaysia.
  19. Muslim Care Malaysia
  20. Pertubuhan Ikram Malaysia

Sekretariat Gabungan Bina Semula Syria
Tarikh: 19 Disember 2024
Talian HOTLINE: 03-84081789