Kenyataan Media

Kenyataan Media 31 Oktober 2018

[vc_row source=”” text=”HELP US REACH OUR GOAL” font_container=”tag:h2|text_align:center” use_theme_fonts=”yes” google_fonts=”font_family:Abril%20Fatface%3Aregular|font_style:400%20regular%3A400%3Anormal” custom_letter_spacing=”” link=””][vc_column][vc_custom_heading text=”ROHINGYA BAKAL DIBAWA PULANG KE MYAMMAR” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center” use_theme_fonts=”yes” custom_letter_spacing=””][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM berharap rundingan antara Bangladesh dan Myanmar untuk memulakan penghantaran pulang pelarian Rohingya pada November akan datang dapat dijalankan seperti yang dijadualkan.

SERANTAU MUSLIM melihat banyak usaha dan desakan komuniti dunia sebelum ini agar proses penghantaran ini dipercepatkan. Melihat kenyataan yang dikeluarkan Menteri Luar Bangladesh, Shahidul Haque, bahawa penghantaran pelarian Rohignya ini merupakan fasa pertama selepas beberapa rundingan diadakan antara kedua-dua negara.

SERANTAU MUSLIM merasakan mungkin sudah tiba Myanmar berlapang dada untuk menerima pelarian Rohingya kembali ke negara mereka. Setiausaha Tetap Hal Ehwal Antarabangsa Myanmar, Myunt Thu turut menyatakan bahawa pihak Myanmar telah menyusun rancangan konkrit serta menunjukkan kesanggupan politik, kelonggaran dan kemudahan proses penghantaran pulang etnik Rohingya.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM berharap Myanmar mengotakan janji mereka dan tidak lagi menangguh urusan penghantaran pulang seperti tahun lepas agar negara Bangladesh dapat mengurangkan kesesakan populasi manusia di negaranya.

SERANTAU MUSLIM difahahamkan melalui Jurucakap International Organization for Migration (IOM), Joel Millman, sejak 25 Ogos lalu, seramai 589,000 orang Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh demi mendapatkan perlindungan daripada kekejaman tentera Myanmar.

SERANTAU MUSLIM berharap etnik Rohingya yang dibawa pulang ke Myanmar akan diiktiraf sebagai warganegara sekali gus dapat mengelakkan penafian hak asasi dan keselamatan ke atas mereka.

SERANTAU MUSLIM juga ingin menyeru kerajaan Myanmar untuk tidak bersikap prejudis dan tidak membuka ruang diskriminasi terhadap pelarian Rohingya setelah dibawa pulang ke negara itu nanti.

SERANTAU MUSLIM amat mengharapkan Myanmar dapat menghentikan permusuhan dan segala bentuk kezaliman terhadap minoriti Islam itu.

SERANTAU MUSLIM turut mendoakan segala urusan penghantaran pulang pelarian Rohingya dapat berjalan dengan lancar pada bulan hadapan.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]