Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 26 NOVEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”PROTES DARIPADA SAMI BUDDHA TANDA PELARIAN ROHINGYA BELUM DITERIMA DI MYANMAR?
” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa gusar dengan tindakan sami Buddha di Myanmar yang menentang penghantaran pulang semula etnik Rohingya ke Myanmar baru-baru ini. Penganut agama Budhha dilihat masih tidak mahu menerima secara terbuka etnik Rohingya walaupun krisis kemanusiaan ini telah lama berlalu.

Penghantaran pulang pelarian Myanmar dari Bangladesh yang dijadulkan pada 15 November lalu dilihat telah mendapat maklum balas negatif daripada penduduk yang beragama Buddha di Myanmar.

Walaupun proses penghantaran pulang pelarian Rohingya ke Myanmar ditunda ke tahun hadapan, selepas beberapa perkara yang perlu di buat kerajaan Mynamar dan ketidaksediaan pelarian Rohingya itu sendiri untuk pulang ke Myanmar, namun majoriti penduduk di Myanmar masih tidak mahu menerima pelarian tersebut.

Protes yang diketuai sami Buddha diadakan di ibu negara Sittwe telah dihadiri kita-kira 100 orang penduduk. Dalam pada yang sama, Sami Budhha turut melaungkan slogan anti-Rohingya dengan menggunakan panggilan Benggali dan menyifatkan etnik Rohingya adalah pendatang Bangladesh.

Sejajar dengan itu juga, SERANTAU MUSLIM merasa tidak yakin untuk Bangladesh dan Myanmar merealisasikan misi penghantaran pulang pelarian Rohingya pada tahun hadapan kerana dikhuatiri etnik Rohingya terus ditindas akibat masalah ketegangan kaum yang masih belum berakhir di Myanmar.

SERANTAU MUSLIM turut berasa risau dengan kehidupan pelarian Rohingya yang diibaratkan ‘seperti telur dihujung tanduk’ kerana nasib mereka belum terjamin kerana tiada negara yang sanggup menerima mereka secara bermaruah buat masa ini.

SERANTAU MUSLIM melihat sejarah hitam yang terpaksa dilalui etnik Rohingya tidak akan selesai selagi ketegangan kaum di Myanmar dapat dileraikan.

SERANTAU MUSLIM berharap kerajaan Myanmar dapat membuka mata dan bersifat terbuka terhadap isu perkauman dan agama ini, mereka perlu meleraikan perbalahan yang wujud dan meraikan kepelbagaian kaum yang berada di bawah pemerintahan mereka kerana ia adalah sesuatu yang unik.

Pada masa yang sama, SERANTAU MUSLIM tertanya-tanya adakah benar kenyataan Setiausaha Tetap Hal Ehwal Antarabangsa Myanmar, Myunt Thu sebelum ini telah menyusun rapi rancangan dan bersedia menerima pelarian Rohingya? Jika benar, ia harus direalisasikan dengan menerima etnik Rohingya secara bermaruah di Myanmar tanpa ada halangan dari pihak lain.

Dalam pada itu juga, SERANTAU MUSLIM ingin menyeru penduduk di Myanmar agar tidak begitu fanatik terhadap sesebuah kaum kerana sifat fanatik terhadap sesuatu puak bukan sahaja menimbulkan ketegangan malah mereka akan menutup segala kesalahan yang dilakukan puak mereka terhadap orang lain. Dalam erti kata lain, mereka membenarkan segala bentuk kejahatan terhadap orang lain.

SERANTAU MUSLIM sememangnya tidak menyokong penindasan sesuatu kaum terhadap kaum yang lain dan diharap ia tidak terus berlaku dalam kehidupan bermasyarakat kerana ia tidak baik diamalkan. Hal ini kerana segala bentuk persengketaan bakal meruntuhkan sesebuah institusi negara. Banyak perkara yang menjadi kerugiaan kepada negara jika ia tidak dihentikan dan mungkin akan hilangnya sokongan dari negara-negara maju, berlaku penambahan jenayah dan tiada kemakmuran dek kerana ketidakpuasan hati masing-masing.

Justeru, SERANTAU MUSLIM menyarankan Myanmar lebih banyak menimba ilmu daripada kerajaan-kerajaan di negara yang masih mengekalkan kedamaian walaupun mempunyai berlainan kaum, agama dan warna kulit. Sikap prejudis dan diskriminasi juga harus dijauhi agar negara bakal mencapai keamanan.

SERANTAU MUSLIM juga berharap kuasa-kuasa besar dunia tidak membiarkan nasib etnik Rohignya terumbang-ambing begitu sahaja, tetapi terus membantu etnik ini agar dapat membina komuniti mereka sendiri pada masa akan datang.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]