Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 18 DISEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”SALAM TAKZIAH BUAT WIRA NEGARA, MUHAMMAD ADIB” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

SERANTAU MUSLIM mengucapkan salam takziah atas pemergiaan wira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun yang meninggal dunia setelah tiga minggu bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib yang merupakan seorang anggota bomba di Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya telah menghembuskan nafas terakhir jam 9.41 malam tadi selepas mengalami kemerosotan kesihatan akibat kecederaan yang dialami.

Jenazah Muhammad Adib dibawa pulang ke kampung halaman dengan menaiki helikopter, Mi17-IV.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Seri Siti Hasmah Ali turut bersama-sama menghantar jenazah ke Pangkalan Udara JBPM Subang untuk dibawa pulang ke Kedah.

SERANTAU MUSLIM difahamkan sebelum ini Muhammad Adib mengalami kecederaan serius akibat satu satu rusuhan yang berlaku semasa beliau ditugaskan memadamkan kebakaran yang melibatkan beberapa buah kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariaman.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM ingin menyeru semua pihak dapat bekerjasama dalam apa jua persengketaan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

SERANTAU MUSLIM berharap seluruh ahli keluarga Muhammad Adib dapat menerima ketentuan Ilahi dengan tabah dan redha. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

‘Persaudaraan Rentas Sempadan’

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi,
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]