Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 12 NOVEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”PELAJAR PALESTIN TERKORBAN DITEMBAK ISRAEL, UNESCO HARUS PROAKTIF” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa kecewa dengan tindakan rejim Zionis yang melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah pelajar yang terdiri daripada anak-anak Palestin di sebuah sekolah tinggi di bandar Tuqu’, Tengah Tebing Barat semalam. Rejim Zionis yang turut memaksa kesemua kakitangan sekolah dan pelajar yang lain keluar dan mengosongkan premis yang menempatkan puluhan pelajar itu juga jelas menunjukkan rejjim tersebut telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

SERANTAU MUSLIM melihat tindakan rejim Zionis ini sangat tidak wajar dilakukan kerana menindas golongan kanak-kanak yang masih daif yang ingin mendapatkan pendidikan. Tindakan rejim Zionis yang juga menutup sekolah tersebut dilihat telah menafikan hak penduduk asal negara berkenaan untuk mendapatkan pendidikan formal mereka.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM juga mengecam tindakan puak Israel yang sekian lama telah menafikan hak penduduk Palestin walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengingatkan bahawa penduduk Palestin dibenarkan hidup aman di tanah air mereka.

Oleh yang demikian, SERANTAU MUSLIM berharap Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang bermatlamat menyumbang ke arah perdamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui tiga aspek utama iaitu pendidikan, sains dan kebudayaan dapat berfungsi sewajarnya. Palestin yang juga ahli UNESCO ke-195 sejak 7 tahun yang lalu merupakan salah sebuah negara yang patut menerima perubahan untuk komuniti dan persekitaran mereka melalui aspek pendidikan ini.

SERANTAU MUSLIM juga berharap Tema UNESCO pada tahun ini, #YouthForChange yang digariskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu dimainkan secara menyeluruh bagi membuat perubahan secara total bagi seluruh negara anggota UNESCO, begitu juga dengan hak pendidikan anak-anak Palestin. Mereka wajar menikmati hak pendidikan mereka seperti penduduk di negara anggota UNESCO yang lain.

Dalam masa yang sama, SERANTAU MUSLIM mengingatkan rejim Zionis dan sekutunya akur dengan ketetapan antarabangsa agar menghentikan tindakan ekstrim serta penafian hak pendidikan dalam kalangan penduduk Palestin.

Justeru itu juga, SERANTAU MUSLIM ingin menyeru pihak UNESCO dan badan antarabangsa yang lain dapat bekerjasama erat dengan mengambil sikap proaktif bagi memastikan hak rakyat Palestin terus dilindungi dan dijaga dengan baik.

Sekali lagi, SERANTAU MUSLIM berharap anak-anak Palestin dapat menikmati pendidikan secara formal suatu hari nanti tanpa sebarang kesulitan dari pihak luar dan bagi mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5641 0042 3099.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]