KENYATAAN MEDIA 10 DISEMBER 2018
[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”AS DISARAN SOKONG KONSEP DEMOKRASI” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM merasakan masyarakat antarabangsa kini sedar akan ‘permainan’ yang dimainkan pihak Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya kerana majoriti negara yang mengundi tidak menyokong resolusi yang dikemukan Duta AS, Nikki Haley. Resolusi yang diusulkan buat kali pertama di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) yang berlangsung pada 25 September dan berakhir pada 1 Oktober itu adalah untuk mengecam pergerakan Hamas yang membedil roket kepada tentera Israel.SERANTAU MUSLIM melihat bahawa Hamas adalah sebuah organisasi yang memenangi mandat rakyat Palestin secara demokrasi. Dalam hal ini, Trump wajar menyokong keputusan rakyat dalam konsep demokrasi kerana demokrasi penting untuk pemerintahan berdasarkan persetujuan dari semua pihak terutama rakyat. Penerimaan rakyat penting bagi menjamin arah tuju sesebuah pemerintahan.
Selain itu juga, SERANTAU MUSLIM berpendapat bahawa dasar luar Amerika Syarikat memerlukan ratifikasi yang lengkap kerana ia semakin ditolak dunia. Amerika Syarikat perlu mengubah dasar yang dibuat mereka demi kepentingan umum.
Seiring itu juga, sangat wajar dunia menyatakan sokongan terhadap Hamas kerana dunia melihat sebagai mempertahankan haknya dalam hak asasi kehidupan. Hal ini kerana, SERANTAU MUSLIM melihat kekejaman yang dilakukan tentera Israel terhadap penduduk Palestin begitu tidak berkeperimanusiaan. Kanak-kanak, remaja dan wanita sering menjadi mangsa korban akibat serangan yang dilakukan puak Israel. Selain kehilangan ahli keluarga tersayang, mereka juga tidak mendapat hak asasi manusia yang lain.
Dalam masa yang sama, jurucakap pergerakan Jihad Islam Palstin, Daoud Shihab turut menegaskan bahawa kegagalan resolusi itu memberi tamparan hebat kepada Donald Trump dan rejim Zionis.
Kenyataan Daoud Shihab ini turut disokong SERANTAU MUSLIM kerana sebelum ini Trump dilihat begitu angkuh dalam pentadbirannya sehinggakan beliau merupakan pemimpin pertama yang berani memindahkan kedutaannya di Baitul Maqdis bagi menyokong usaha Israel untuk menakluki secara penuh wilayah berkenaan.
SERANTAU MUSLIM merasakan wajar tindakan dan sokongan padu dari seluruh dunia ini kerana secara tidak langsung ia memberi kesedaran kepada Trump dan sekutunya agar kekerasan dan kekejaman tidak selamanya berada di kemuncak.
SERANTAU MUSLIM turut percaya dengan pendirian teguh yang ditunjukkan semua negara yang berani menentang dasar Israel ini, akan wujud perubahan ke arah yang lebih baik buat rakyat Palestin pada masa akan datang.
Persaudaraan Rentas Sempadan
Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi,
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]