Kenyataan Media 06 November 2018
[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”MUSLIHAT MYANMAR MELAMBATKAN PROSES PENGHANTARAN PULANG PELARIAN” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melihat Myanmar seolah-olah sengaja menimbulkan kekecauan dengan melepaskan tembakan ke arah seorang budak lelaki pelarian Rohingya yang sedang menggembala lembu di sempadan Bangladesh-Myanmar. Insiden ini disahkan oleh Jurucakap Pengawal Sempadan Bangladesh (BGP), Mejar Iqbal Ahmed bahawa Nurul Islam, 15 tahun telah tercedera akibat terkena tembakan disikunya selepas 17 das tembakan dilepaskan dari pos keselamatan Rymongkhali, Myanmar.SERANTAU MUSLIM merasakan tindakan tentera Myanmar ini sengaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelarian Rohingya dan seterusnya berhasrat melambatkan proses membawa pulang pelarian Rohingya yang berada di kem-kem di daerah Cox’s Bazar, Bangladesh. Hal ini turut dinyatakan salah seorang pegawai kerajaan Bangladesh bahawa insiden ini berkemungkinan untuk menangguhkan penghantaran pulang pelarian Rohingya yang dijadualkan bermula pada minggu hadapan.
Jika tindakan sebegini adalah simbolik mengangguhkan proses membawa pulang pelarian Rohingya, SERANTAU MUSLIM merasakan kerajaan Myanmar dan tenteranya melakukan tindakan yang kurang bijak dalam menangani sesuatu masalah. Kerajaan Myanmar harus mengadakan rundingan dan perbincangan yang teliti kerana ini adalah langkah terbaik, bukannya menggunakan cara kekerasan seperti ini. Tindakan melepaskan tembakan mengeruhkan lagi keadaan perdamaian antara etnik Rohingya dan kerajaan Myanmar.
Sebelum ini SERANTAU MUSLIM melihat Setiausaha Tetap Hal Ehwal Antarabangsa Myanmar, Myunt Thu telah menyatakan bahawa pihak Myanmar selesai menyusun rancangan konkrit dan menunjukkan kesanggupan politik, kelonggaran dan kemudahan proses penghantaran pulang etnik Rohingya namun insiden ini seolah-olah tidak menggambarkan kesediaan kerajaan Myanmar ke arah yang diperkatakan itu.
SERANTAU MUSLIM bersama-sama NGO Islam yang lain tidak akan membiarkan Myanmar melakukan kekejaman terhadap minoriti Islam Rohingya di sana buat kali kedua, bak kata pepatah takkan pisang berbuah dua kali.
SERANTAU MUSLIM berharap Myanmar dapat menunaikan janji mereka menghantar pulang pelarian Rohingya seperti yang dimeterai antara Myanmar dan Bangladesh minggu lalu, bukannya sengaja menimbulkan kontroversi dan muslihat sebegini.
SERANTAU MUSLIM berharap seramai 589,000 orang Islam Rohingya yang berada di kem-kem sementera di Bangladesh mendapat perlindungan sewajarnya dan tidak lagi menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar.
Persaudaraan Rentas Sempadan
Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]