ISTANBUL DILANDA GEMPA BUMI
ISTANBUL – Gempa bumi dengan kekuatan 3.8 pada skala Richter melanda Istanbul, Turki pada Selasa, semalam.
Pihak berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) menyatakan gempa bumi tersebut berlaku di pantai Laut Hitam di daerah Arnavutkoy pada 2.56 pagi waktu tempatan (7.56 pagi waktu Malaysia), dengan kedalaman 7.03 kilometer.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Sumber: Berita Harian
382