bom22_1721618013
Info Semasa

Israel serang kem pelarian Nuseirat 63 kali dalam seminggu

Serangan berterusan tentera Israel di bandar Rafah memaksa ribuan penduduk berpindah ke tempat lebih selamat untuk mencari perlindungan, sekali gus menjadikan lokasi pertempuran itu sebagai ‘zon tempur berbahaya’.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik kenyataan Pejabat Media Gaza, kini tentera Israel sudah melancarkan 63 serangan termasuk udara dan bedilan kereta kebal ke atas kem pelarian Nuseirat dalam tempoh seminggu lalu, membunuh sekurang-kurangnya 91 penduduk Palestin dan mencederakan 251 yang lain.

“Lebih 75 peratus daripada mangsa dimasukkan ke hospital kerana melecur akibat penggunaan senjata kimia termal terlarang oleh Israel.

“Israel dan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap orang yang kehilangan tempat tinggal dan orang awam,” kata pejabat media kerajaan Gaza dalam satu kenyataan.

Kem pelarian Nuseirat adalah salah satu kem paling padat penduduk di Gaza, kini menempatkan 250,000 penduduk dan orang yang berpindah.

Sekurang-kurangnya dua juta orang kehilangan tempat tinggal akibat perang berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Di Rafah, kawasan yang disasarkan Israel untuk memusnahkan batalion terakhir sayap bersenjata Hamas, penduduk berkata, pertempuran sengit berlaku antara pejuang Hamas dan tentera Israel di kawasan tengah dan barat.

“Kami berdepan tentera Israel dengan menggunakan roket anti kereta kebal dan bom mortar,” katanya seorang pejuang Palestin.

Tentera Israel pula berkata, pihaknya sudah membunuh sekumpulan pejuang dan memusnahkan peluru, terowong bawah tanah dan infrastruktur di Tel al-Sultan di timur bandar itu.

Usaha gencatan senjata yang diketuai oleh Qatar dan Mesir serta disokong AS setakat ini gagal kerana perselisihan faham antara pejuang, yang menyalahkan satu sama lain atas kebuntuan itu.

Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan semalam.

Seorang penduduk Gaza, Tamer Aburakan, berkata mereka mendengar bunyi letupan di Nuseirat dan melihat asap naik di Deir Al-Balah.

“Ke mana kita harus pergi seterusnya?. Seluruh Semenanjung Gaza diserang dan kami diburu seperti rusa di dalam hutan.

“Bilakah perang akan berakhir?,” katanya.

Sementara itu, ketegangan memuncak di rantau berkenaan dengan kebimbangan kemungkinan penyebaran keganasan.

Jet pejuang Israel menyerang sasaran tentera Houthi berhampiran pelabuhan Hodeidah, Yaman, Sabtu lalu, sehari selepas dron yang dilancarkan oleh kumpulan itu terkena Tel Aviv.

Tentera Israel membalas dendam dengan menyasarkan depot menyimpan peluru milik kumpulan Lubnan Hizbullah di selatan Lubnan.

Israel berkata, pihaknya menghapuskan separuh kepemimpinan tentera Hamas dan membunuh atau menangkap kira-kira 14,000 pejuang sejak perang bermula.

Israel berkata, seramai 326 askarnya terbunuh di Gaza.

Hamas tidak mengeluarkan angka korban dan berkata, Israel membesar-besarkan laporannya untuk memberi gambaran kemenangan palsu.

Semoga Israhell laknatullah mendapat balasan buruk setimpal apa yang dilakukan mereka. aamiin.