Info SemasaKenyataan Media

ISRAEL LAKUKAN APARTHEID TERHADAP RAKYAT PALESTIN

BAITULMAQDIS: Pemerhati Hak Kemanusian (HRW) menegaskan Isreal bersalah terhadap jenayah ‘apartheid’ dalam usaha mengekalkan dominasi yahudi di Palestin dan populasi mereka di negara Arab.

Bagaimanapun perkara itu ditolak sendiri oleh negara terbabit.

Israel yang ketika ini disiasat oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tuduhan jenayah perang mendakwa tuduhan yang dilemparkan HRW itu tidak masuk akal dan palsu.

Negara itu menyatakan, pertubuhan yang berpangkalan di New York itu adalah sebuah organisasi yang sudah lama anti-Israel.

HRW sebelum ini berkata, penemuan mendedahkan Israel melakukan jenayah kemanusiaan apartheid dan penganiayaan terhadap Palestin berdasarkan sumber yang kuat termasuklah maklumat perancangan kerajaan serta kenyataan pegawai awam.

Pendedahan dalam laporan setebal 213 muka surat itu mendakwa kerajaan Israel adalah ‘kuasa tunggal’ yang menguasai sepenuhnya Sungai Jordan dan Laut Mediterranean.

“Dalam wilayah itu, terdapat terlalu banyak polisi kerajaan Israel untuk mengekalkan dominasi kaum yahudi Israel terhadap Palestin.

Mereka juga mendakwa, penemuan itu juga mendedahkan mengenai layanan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.

Kata HRW lagi, terma apartheid biasanya dikaitkan dengan masyarakat Afrika Selatan, namun ia kini boleh digunakan dalam undang-undang.

Pengarah HRW Israel dan Palestin, Omar Shakir, pula berkata kepada AFP bahawa, terdapat amaran mengenai apartheid sejak dulu lagi.

“Saya fikir, ianya sudah dilakukan,” katanya.

Shakir yang juga warganegara asing pertama dihalau oleh Israel atas tuduhan menyokong pergerakan boikot antarabangsa terhadap negara itu, namun belum menafikan perkara itu.

Sementara itu, menteri luar Israel berkata, laporan HRW itu adalah satu propaganda oleh pertubuhan yang sentiasa berkempen memboikot Israel. 

Sumber: Berita Harian