Israel cuba fitnah Hamas, tuduh berlakunya rogol dan keganasan seksual
Israel dilihat bukan menyerang secara fizikal penduduk awam di Gaza dan pejuang Hamas, namun turut mengadakan cerita tidak berasas serta tidak baik buat Hamas.
Memetik laporan Sinar Harian, pejuang Hamas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rogol dan keganasan seksual yang dilemparkan Israel semasa serangan pada 7 Oktober lalu dan menyatakan ia sebagai ‘pembohongan tidak berasas’.
Kenyataan Hamas dikeluarkan beberapa hari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, pihaknya ‘bimbang mengenai laporan kekejaman berasaskan jantina’ semasa serangan ke atas Israel.
Bagaimanapun, polis Israel berkata, mereka telah mengumpul ‘bukti’ keganasan seksual oleh Hamas yang menyerbu kediaman dan pangkalan tenteranya.
Hamas menepis dakwaan berunsur fitnah itu dengan menyatakan ia sebahagian kempen Zionis mempromosikan pembohongan tidak berasas dan memburukkan pejuang Palestin.
Dalam pada itu, Hamas turut menolak dakwaan oleh wanita dan kumpulan penyokong sebagai sebahagian daripada siri pembohongan Israel sejak bermulanya perang.
Di Israel, pegawai kanan polis, Shelly Harush memberitahu penggubal undang-undang minggu lalu bahawa penyiasat telah mengumpul lebih 1,500 keterangan daripada saksi, pakar perubatan dan pakar patologi.
Apapun yang dirancang Israel laknatullah, diharapkan tidak akan berjaya dan semoga rakyat Palestin bebas dari cengkaman mereka.