Israel akan alami ‘kehilangan besar’ jika perang – Hizbullah
Hizbullah mengulangi amaran kepada Israel bahawa perang terhadap atas Lubnan akan menyebabkan kehilangan besar kepada regim Zionis yang mahu memindahkan penduduknya ke sempadan utara negara itu.
Timbalan pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, berkata Hizbullah tidak berniat untuk berperang kerana perkara itu memanfaatkan sesiapa, sebaliknya akan menyebabkan ‘kerugian besar pada kedua-dua belah pihak’, lapor Berita Harian.
“Bagaimanapun, jika Israel masih mahu melancarkan perang, kami akan membalasnya dan akan ada kerugian besar di kedua-dua pihak.
“Jika Israel fikir perang sebegini akan membolehkan 100,000 orang yang hilang tempat tinggal pulang, kami beri amaran kepada anda untuk bersiap sedia menangani ratusan ribu lagi orang yang akan kehilangan tempat tinggal,” katanya.
Qassem memberi amaran itu ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pihaknya bersiap sedia untuk melancarkan ‘operasi yang luas dan kuat’ di sempadan utara negara itu dengan Lubnan.
Sementara itu, kumpulan bersenjata di Lubnan berkata, serangan ke atas Israel adalah sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza dan hanya akan berakhir sebaik sahaja tentera Israel menamatkan perang mereka dan berundur.
Konflik Hizbullah dan Israel telah membunuh berpuluh-puluh orang di Israel, ratusan di Lubnan dan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal di kedua-dua belah sempadan.
Dalam pada itu, saluran media Channel 13 Israel memetik seorang pegawai kanan Israel sebagai berkata, Netanyahu merancang untuk melancarkan serangan besar ke atas Hizbullah ‘dalam masa terdekat’ tetapi belum menetapkan tarikh untuk operasi itu.
Bagaimanapun Pejabat Perdana Menteri Israel enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, berkata tentera Israel hampir menyelesaikan misi mereka di Gaza dan tumpuan mereka kemudian akan beralih ke sempadan utara negara itu dengan Lubnan.
Gallant memberitahu tentera di sempadan utara Israel bahawa ‘pusat operasi akan bergerak ke utara’ dan ‘tugas di selatan sudah hampir selesai’.
Beliau memberitahu wartawan bahawa tentera Israel sudah diarahkan ‘untuk bersiap sedia bagi setiap senario, termasuk mengalihkan perhatian ke utara sempadan’.
Pada masa sama, tentera Israel juga ‘komited untuk mengubah keadaan keselamatan di bahagian utara dan membawa kita mereka pulang dengan selamat’.
Ahli politik pembangkang di Israel juga menggesa tindakan ketenteraan terhadap Hizbullah.
Benny Gantz, saingan politik utama Netanyahu, mengkritik kerajaan kerana ‘mengabaikan penduduk di utara Israel’.
“Sudah tiba masanya untuk melaksanakan kuasa dan serangan terhadap Hizbullah untuk mengembalikan penduduk Israel kembali ke rumah mereka dengan selamat,” tulisnya di laman sosial X.
Serangan Israel ke atas Lubnan telah membunuh 623 orang, termasuk 142 orang awam, menurut kiraan AFP, manakala serangan Hizbullah telah membunuh 24 tentera Israel dan 26 orang awam.