
Iftar dan agihan kotak makanan di Jempol
Iftar Santai Bersama Muallaf & Asnaf di Jempol
Alhamdulillah, program Iftar Santai anjuran Serantau Muslim & JHEAINS telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Dataran Feldajaya, Bandar Seri Jempol.
Seramai 42 saudara baharu (muallaf) serta golongan asnaf diraikan dalam suasana penuh ukhwah, menikmati juadah berbuka puasa bersama sambil mempererat hubungan sesama komuniti.
Program ini bukan sekadar berbuka puasa, tetapi juga menjadi platform untuk menyantuni saudara baharu dalam perjalanan mereka mengenal Islam.
Agihan Kotak Makanan Buat Muallaf & Asnaf di Jempol
Selain majlis iftar, Serantau Muslim & JHEAINS turut menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada muallaf serta golongan asnaf di sekitar Jempol.
Bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan. Sekotak makanan bukan sekadar isi perut, tetapi juga tanda kasih dan keprihatinan sesama ummah.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi rezeki. Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.



















