Aktiviti SMInfo Semasa

HIMPUNAN PEMBEBASAN PALESTIN PADA 4 OGOS 2024, MERIAH DENGAN SOKONGAN!

Serantau Muslim telah bersama-sama kerajaan Malaysia dalam program Himpunan Pembebasan Palestin pada 4 Ogos lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Program yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu telah beberapa kali diadakan namun malam tersebut lebih meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam program tersebut, Serantau Muslim telah bertungkus-lumus membantu pihak pengajur dalam memastikan kelancaran program pada malam tersebut.

Semua kakitangan Serantau Muslim turut serta dalam membantu memudahkan segala urusan persiapan program tersebut.

Kehadiran pada malam itu sangat meriah dengan laungan #IsraelBacul bergema di seluruh Axiata  Arena.

Semoga segala usaha ini dapat diterima Allah SWT dan semoga rakyat Palestin berada dalam Rahmat Allah setiap saat.