Info SemasaKenyataan Media

HELIKOPTER TABUR BUNGA HARGAI PETUGAS KESIHATAN

Angkatan Bersenjata India (IAF) melepaskan kelopak bunga dari udara menggunakan helikopter dan jet sebagai penghargaan kepada barisan hadapan yang berjuang melawan Covid-19.

Ribuan kelopak bunga itu menghujani wajah petugas kesihatan yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) di luar bangunan sambil pancaragam pasukan keselamatan itu memainkan lagu patriotik India selain lagu Jai Ho daripada filem Slumdog Millionaire.

“Seluruh warga India berdiri bersama dalam tempoh sukar ini,” kata Menteri Pertahanan, Rajnath Singh menerusi ciapan Twitter pada Ahad.

Dia turut memberi pujian ke atas ‘tugas terpuji’ dilakukan petugas barisan hadapan termasuk polis dalam mencegah penularan virus di seluruh negara bermula akhir Mac lalu.

Angkatan Tentera Laut negara itu pula menyalakan lampu kapal pada waktu malam sebagai penghargaan sama.

Sumber: Harian Metro