GUNUNG MERAPI MELETUS, MENYELIMUTI DESA DENGAN ABU
JAKARTA: Gunung Merapi, gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus hari ini dan terus mengeluarkan debu ke udara serta lava mengalir dari kawahnya.
Letupan pagi ini menyebabkan debu kelihatan sejauh 3.5 kilometer (km) di awan dari gunung berapi dan menyelimuti penempatan masyarakat setempat.
Setakat ini, tiada ada arahan perpindahan atau laporan mengenai mangsa yang terkorban.
Gunung Merapi yang terletak berdekatan dengan ibu kota budaya Indonesia, Yogyakarta di pulau Jawa, dilihat aktif beberapa bulan lalu dan pihak berkuasa meningkatkan tahap bahaya pada akhir tahun lalu.
Agensi Geologi Indonesia dalam satu kenyataan meminta penduduk menjauhi kawasan itu dalam radius lima km dari gunung berapi.
“Penduduk harus menjauhi debu gunung berapi dan mereka telah diberi amaran mengenai kemungkinan aliran lava di daerah sekitar Merapi,” menurut agensi itu.
Letusan besar terakhir Gunung Merapi pada tahun 2010, yang mengorbankan lebih dari 300 orang dan memaksa pemindahan sekitar 280,000 penduduk dari kawasan sekitar.
Pada tahun 1930, letusan berlaku dan meragut hampir 1,300 orang, sementara letupan lain pada tahun 1994 meragut 60 nyawa.
Negara kepulauan Asia Tenggara itu mempunyai hampir 130 gunung berapi aktif.
Indonesia mengalami kegiatan seismik dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di ‘Lingkaran Api Pasifi’, di mana plat tektonik bertembung.
Sumber: Berita Harian