Info SemasaKenyataan Media

GEMPA BUMI KUAT GEGAR SELATAN FILIPINA

MANILA: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud menggegarkan selatan Filipina, semalam.

Menurut Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu melanda pada jam 12.22 tengah hari, berpusat kira-kira dua kilometer dari bandar Magsaysay di Pulau Mindanao dengan kedalaman 24.6 kilometer.

Pegawai pertahanan awam pula memaklumkan berlaku gegaran kuat di rantau itu, namun tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan, setakat ini.

Filipina sering dilanda gempa bumi susulan kedudukannya dalam ‘Lingkaran Api’ Pasifik.

Sumber: Berita Harian