Info SemasaKenyataan Media

FILIPINA PINDAH AWAL PENDUDUK ELAK BENCANA TAUFAN RAI

MOSCOW: Pihak berkuasa Caraga, selatan Filipina mula menggerakkan operasi pemindahan awal penduduk yang mendiami kawasan berisiko tinggi dan mungkin terdedah kepada ancaman taufan Rai.

Naib Gabenor Caraga, Nilo Demerey Jr berkata, pemindahan penduduk di kawasan dikenal pasti sering berlaku banjir dan tanah runtuh dimulakan di beberapa bandar.

“Kami memantau operasi pemindahan awal penduduk ketika ini,” katanya kepada Agensi Berita Filipina (PNA) seperti dilaporkan agensi Sputnik, semalam.

Taufan Rai atau turut digelar Odette di Filipina adalah ribut dengan tiupan angin kencang mencecah kelajuan 160 kilometer sejam.

Walaupun ia tidak seganas taufan lain, tumpuan diberikan kepada kawasan yang sering berlaku tanah runtuh akibat hujan ribut.

Bagaimanapun, Demerey tidak mendedahkan jumlah sebenar penduduk yang diarahkan berpindah ke tempat selamat.

Akibat Odette dan tiupan angin monsun timur laut, amaran bencana tetap dikeluarkan di wilayah Samar, Leyte, Bohol dan Kepulauan Camote yang dijangka terkesan dengan teruk akibat taufan itu.

Sumber: BH