WhatsApp Image 2025-03-25 at 19.17.44 (1)
Uncategorized

Taja Berbuka buat pelajar Malaysia di Mesir

Di perantauan, Ramadan tetap dirai dengan penuh kesyukuran. Melalui program kerjasama antara Serantau Muslim dan ABIM Mesir, pelajar Malaysia di Kaherah menerima sumbangan hot meals untuk dinikmati ketika berbuka puasa.

Lebih istimewa, para pelajar turut turun padang mengagihkan bantuan kepada asnaf dan golongan memerlukan di sekitar bandar, menyebarkan semangat berkongsi rezeki walau jauh dari tanah air.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan program ini. Setiap hidangan bukan sekadar makanan, tetapi juga tanda kasih dan sokongan buat mereka di perantauan.

Jom teruskan menyebarkan kebaikan!