SM sertai Program Konvoi Sejiwa Prihatin Malaysia Madani 2024 (KONSEP)
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim buat pertama kali menyertai program Ekstrem yang melibatkan penggunaan kenderaan pacuan empat roda masuk ke pedalaman di Gua Musang Kelantan.
Program Konvoi Sejiwa Prihatin Malaysia Madani 2024 (KONSEP) anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini berlangsung selama 5 hari 4 malam melibatkan kunjungan ke Pos Balar, Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Tohoi.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah, Ziarah Mahabah, sumbangan bakul makanan dan sambutan Aidilfitri.
Dengan penyertaan Serantau Muslim kali ini ia sekaligus dapat menjalinkan hubungan baik dengan JAKIM, agensi kerajaan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain antaranya Persatuan Kenderaan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) serta Yayasan Khalifah.
Wakil Serantau Muslim ditempatkan dalam kenderaan Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) yang dipandu oleh En Rody.
Turut bersama-sama kumpulan konvoi adalah kenderaan Bahagian Dakwah yang diketuai Ustaz Faizal Ibrahim, Bhg Penyiaran Jakim, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMO) dan Yayasan Khalifah.
Dalam konvoi berkenaan, pasukan telah meredah jalan balak, jalan tak berturap dan laluan yg bukan jalanraya selama 7 jam dan ia memberi satu pengalaman baru yang boleh dijadikan panduan untuk program pada masa depan.
Kepenatan pasukan sepanjang jalan tak dirasai apabila kedatangan pasukan di alu-alukan oleh masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Balar.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan walaupun terdapat beberapa halangan yang terpaksa diharungi. Semua ahli pasukan selamat pulang ke negeri masing-masing.