Info SemasaKenyataan Media

SM KECAM CADANGAN ZIONIS PERLUAS PENEMPATAN DI BAITULMAQDIS TIMUR

MELAKA, 25 Feb – Serantau Muslim (SM) melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kejam Zionis selepas mereka bercadang perluaskan penempatan di Baitulmaqdis Timur.

SM melihat selepas satu, satu usul yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dikeluarkan Israel dan sekutunya.

Terbaru, SM merasakan kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sungguh besar kepala kerana tanpa rasa bersalah mengumumkan sebanyak 3,000 unit rumah bakal dibina untuk penduduk Yahudi di Kawasan kejiranan Givat Hamatos dan sebanyak 2,200 unit rumah di kejiranan Har Homa.

Tindakan ni jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan ia turut mendapatkan perhatian Kesatuan Eropah (EU) agar pihak Israel memikirkan semula cadangan yang dibuat mereka.

SM sangat berharap Israel dapat mengurangkan masalah pelarian, kemiskinan dan sebagainya di negara yang sekian lama bergolak akibat tangan-tangan ganas bukannya menambah rasa perit rakyat Palestin.

SM juga mengingatkan Israel agar tidak hanya menurut ego untuk menguasai apa yang bukan hak mereka, dan dengan terus menidakkan kebenaran dan melanggar apa sahaja yang perlu dipatuhi, kerana bencana mungkin belum dapat dilihat mereka kini, tapi suatu hari nanti, siapa yang tahu.

Berkait rapat dalam hal ini juga, beberapa resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan penempatan haram Israel sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa berikutan ia melanggar Konvensyen Geneva Keempat yang melarang kuasa penjajah memindahkan populasi penduduknya ke Kawasan yang diduduki mereka.

Justeru, SM berharap Israel dan sekutunya tidak mudah merasa selesa dengan penderitaan orang lain kerana ia mungkin akan memberi impak buruk kepada negara dan rakyat mereka sendiri pada masa akan datang.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor

Pengerusi Serantau Muslim

#peaceforarakan

#sendmelove

#serantaumuslim