SM BANTU PENDUDUK TERJEJAS DI SABAH
Serantau Muslim telah selamat membuat agihan bantuan banjir kepada 100 keluarga di Kota Marudu, Sabah beberapa hari yang lalu.
Bantuan ini dijalankan agar dapat meringankan beban penduduk di sana selepas musim banjir.
Dalam masa yang sama, ia dapat memudahkan urusan ahli keluarga dalam mendapat bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan.
Antara bantuan yang telah disampaikan ialah telur, beras, minyak masak, gula, garam, sos dan sebagainya.
Serantau Muslim berharap semua penerima dapat memanfaatkan sumbangan orang ramai ini dan menjadi insan yang lebih kuat dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidup.
309