SERANTAU MUSLIM SUMBANG PERALATAN PEJABAT UNTUK SRA JAIM BERISU PASCA BANJIR
MELAKA – Serantau Muslim meneruskan misi bantuan banjir di Malaysia dengan menyalurkan sumbangan peralatan pejabat kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Berisu, Lubok Cina, Melaka yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.
“Kami menyumbangkan printer dan almari dinding untuk membantu melancarkan operasi pentadbiran sekolah yang terjejas akibat banjir,” kata Kamarul Haizat, wakil Serantau Muslim yang hadir menyampaikan bantuan tersebut.
Sumbangan peralatan pejabat ini bertujuan memulihkan kemudahan pentadbiran sekolah yang terjejas, sekaligus membantu melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah berkenaan.
“Serantau Muslim bukan sahaja fokus kepada bantuan kemanusiaan di luar negara, tetapi juga prihatin terhadap keperluan institusi pendidikan tempatan yang terkesan akibat bencana,” tambah beliau.
Program bantuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan SM dalam membantu mangsa-mangsa bencana di Malaysia, selari dengan komitmen organisasi untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira sempadan.
Serantau Muslim turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang yang telah memungkinkan bantuan peralatan ini disalurkan kepada pihak sekolah yang memerlukan.
“Setiap sumbangan orang ramai telah membantu memulihkan operasi sekolah ini, sekali gus memberi manfaat kepada warga pendidik dan para pelajar,” ujar Haizat.SERANTAU MUSLIM SUMBANG PERALATAN PEJABAT UNTUK SRA JAIM BERISU PASCA BANJIR
MELAKA – Serantau Muslim meneruskan misi bantuan banjir di Malaysia dengan menyalurkan sumbangan peralatan pejabat kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Berisu, Lubok Cina, Melaka yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.
“Kami menyumbangkan printer dan almari dinding untuk membantu melancarkan operasi pentadbiran sekolah yang terjejas akibat banjir,” kata Kamarul Haizat, wakil Serantau Muslim yang hadir menyampaikan bantuan tersebut.
Sumbangan peralatan pejabat ini bertujuan memulihkan kemudahan pentadbiran sekolah yang terjejas, sekaligus membantu melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah berkenaan.
“Serantau Muslim bukan sahaja fokus kepada bantuan kemanusiaan di luar negara, tetapi juga prihatin terhadap keperluan institusi pendidikan tempatan yang terkesan akibat bencana,” tambah beliau.
Program bantuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan SM dalam membantu mangsa-mangsa bencana di Malaysia, selari dengan komitmen organisasi untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira sempadan.
Serantau Muslim turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang yang telah memungkinkan bantuan peralatan ini disalurkan kepada pihak sekolah yang memerlukan.
“Setiap sumbangan orang ramai telah membantu memulihkan operasi sekolah ini, sekali gus memberi manfaat kepada warga pendidik dan para pelajar,” ujar Haizat.