SERANTAU MUSLIM SANTUNI PENDUDUK DI SABAH
Baru-baru ini Serantau Muslim telah berjaya menyantuni penduduk di Sabah untuk agihan keperluan asas.
Antara barangan yang telah diagihkan ialah pek makanan dan keperluan untuk anak-anak kecil serta wanita.
Dalam agihan tersebut, sebanyak 450 pek makanan, 28 pek kebersihan, 15 pek susu dan 20 pek tuala wanita telah diberikan.
Agihan ini dijalankan di Pitas, Kota Marudu dan Kota Belud, Sabah.
Serantau Muslim berharap bantuan ini dapat meringankan beban penduduk di daerah berkenaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijalankan.
#Sedekah?#SerantauMuslim
424