SERANTAU MUSLIM & JHAEINS PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK 2025
Alhamdulillah, pertemuan yang membina telah berlangsung antara Serantau Muslim dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS).
Delegasi Serantau Muslim yang diketuai oleh Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani, Pengarah JHAEINS.
Fokus Kerjasama Strategik 2025:
✨ Pembangunan dan penyemarakkan syiar masjid seluruh Sabah
✨ Peningkatan program kebajikan asnaf
✨ Pemerkasaan program pembinaan mualaf
✨ Pelbagai inisiatif pembangunan ummah
Datuk Jumain berkata, Serantau Muslim telah memberi sumbangan besar kepada Sabah melalui pelbagai program kebajikan, pembinaan masjid dan telaga. Sepanjang kerjasama dengan jabatan agama dan majlis daerah, Serantau Muslim telah memberi khidmat bakti yang sangat baik kepada masyarakat.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. InsyaAllah, Serantau Muslim akan terus komited membangunkan ummah di bumi Sabah dengan sokongan padu semua pihak.