SERANTAU MUSLIM ‘DIPAKSA’ HENTIKAN MISI, AMARAN TSUNAMI KEDUA DIKELUARKAN
SERANTAU MUSLIM ‘DIPAKSA’ HENTIKAN MISI, AMARAN TSUNAMI KEDUA DIKELUARKAN
Aktiviti gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda terus meningkat.
Badan Gelologi Kementerian Indonesia telah mempertingkatkan status gunung berapi tersebut daripada tahap waspada (level II) kepada tahap bahaya (level III) dan radius zon pantai diperluas dari 2km menjadi 5km.
.
Kami diarah oleh pihak berkuasa dan keselamatan Indonesia untuk meninggalkan wilayah ini segera kerana berisiko untuk berlakunya tsunami kali kedua. Oleh yang demikian, kami terpaksa menghentikan Misi Kecemasan Tsunami Selat Sunda serta merta dan perlu bergerak ke lokasi yang lebih selamat.
.
Walaubagaimanapun, Serantau Muslim telah berjaya menyampaikan ke semua sumbangan sebanyak 300 pek makanan serta kelengkapan tidur bernilai RM10 ribu di beberapa buah pusat penempatan mangsa tsunami Selat Sunda.
.
Misi Kecemasan telah menyempurnakan penyerahan terakhir bantuan iaitu di pusat penempatan sementara mangsa tsunami Desa Cigeulis Kp Cigeulis. Lokasi pusat penempatan tersebut sangat berisiko kerana berdekatan dengan pesisiran pantai lokasi yang dilanda tsunami baru-baru ini. Ia adalah antara lokasi yang dilarang oleh pihak berkuasa untuk menghampirinya. Walaubagaimanapun, penyerahan tersebut berjaya dilaksanakan sebelum peserta misi bergerak pulang menuju ke ibu kota Jakarta.
.
Walaupun gagal untuk melawat keseleruhan lokasi tsunami dan pusat penempatan sementara, Misi Kecemasan Tsunami Selat Sunda Serantau Muslim tetap bersyukur kerana berkesempatan untuk sampai ke beberapa lokasi yang terjejas teruk akibat tsunami serta empat buah pusat penenempatan sementara. Kami berjaya untuk membuat liputan secara eksklusif untuk bersama-sama berkongsi kisah duka ini dengan rakyat Malaysia.
.
Serantau Muslim menjadi antara NGO terawal Malaysia yang sampai ke lokasi tsunami Selat Sunda dan menyampai sumbangan segera untuk mangsa musibah bencana alam ini. Ayuh teruskan sumbangan anda untuk kami meneruskan misi membantu mangsa-mangsa tsunami. Mereka sangat memerlukan perhatian dan sumbangan daripada rakyat Malaysia.
.
Bantu kami membantu mereka, hulurkan sumbangan anda melalui akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim 5641 0042 1083. Layari http://bantuankecemasan.com