e89f960e-8b2c-408e-ac48-b62dae86530b
Aktiviti SMInfo Semasa

SERANTAU MUSLIM DAN YAYASAN EZ PRIHATIN BINCANG KERJASAMA BANTUAN ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR: Serantau Muslim dan Yayasan EZ Prihatin telah mengadakan pertemuan strategik untuk membincangkan potensi kerjasama dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan ke peringkat antarabangsa, khususnya di Palestin dan Syria.

Pertemuan yang diadakan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan EZ Prihatin, Encik Muaz Abdullah bersama tim Serantau Muslim diketuai oleh Pengerusi, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor untuk membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua organisasi.

“Pertemuan ini membuka ruang untuk Yayasan EZ Prihatin mengembangkan sayap bantuan ke peringkat antarabangsa dengan memanfaatkan pengalaman dan rangkaian Serantau Muslim di luar negara,” jelas Ustaz Hakim.

Muaz Abdullah menyatakan bahawa Yayasan EZ Prihatin yang telah berpengalaman dalam penyaluran bantuan di peringkat domestik kini bersedia untuk meluaskan skop bantuan ke arena antarabangsa.

“Gabungan kepakaran Yayasan EZ Prihatin dalam program bantuan tempatan dan pengalaman Serantau Muslim di peringkat antarabangsa akan menghasilkan sinergi yang positif dalam usaha membantu mereka yang memerlukan,” tambah beliau.

Kedua-dua organisasi bersetuju untuk merancang beberapa program bantuan bersama yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kerjasama strategik ini dijangka akan memperkukuhkan lagi usaha bantuan kemanusiaan Malaysia di peringkat antarabangsa, khususnya di kawasan-kawasan konflik seperti Palestin dan Syria.